fbpx

Hamdee sah anak angkat Hafiz Hamidun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZ HAMIDUN

PETALING JAYA – Penyanyi Hafiz Hamidun berkongsi berita gembira apabila anak jagaannya Hamdee, 2, telah menjadi anak angkatnya secara rasmi semalam.

“Alhamdulillah, setelah lebih dua tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini (semalam) rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya.

“Urusan di Jabatan Pendaftaran Negara pun dipermudahkan. Syukur,” kongsi Hafiz menerusi Instagramnya.

Dalam pada itu, penyanyi yang juga komposer berusia 38 tahun itu berterima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan anak angkatnya.

Sebagai bapa, Hafiz berjanji untuk menjaga dan memberi kasih sayang sebaik mungkin kepada Hamdee.

“Terima kasih kepada semua yang terus doakan Hamdee, semoga Hamdee akan terus dapat kasih sayang sempurna sampailah dewasa nanti,” tulis Hafiz.

Terdahulu, pada 10 Mac 2020 Hafiz telah mengumumkan mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Hamdee Hafiz sebagai penyeri hidupnya dan keluarga.

Mengikut undang-undang Malaysia, anak yang dijaga hanya boleh dijadikan anak angkat secara rasmi selepas dijaga selama dua tahun oleh ibu bapa angkat.

Penyanyi yang popular dengan album Zikir Terapi itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 2017 sebelum bercerai lima bulan kemudian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI