fbpx

Gerai diserbu kerana karipap 20 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Haqim (dua dari kanan) dan isterinya (dua dari kiri) menunjukkan kuih-muih yang dijual pada harga 20 sen sebiji di Karak dekat Bentong semalam.

BENTONG – Ketika kebanyakan barang dan makanan termasuk juadah berbuka puasa mengalami kenaikan harga, seorang bekas jurutera melakukan sebaliknya dengan menjual kuih-muih pada harga 20 sen sebiji.

Jualan pada harga yang murah itu menyebabkan gerai jualan kuih Mohd. Haqim Mohamad, 27, dan isterinya Syahaida Sobri, 26, di Karak di sini ‘diserbu’ orang ramai setiap hari.

Mohd. Haqim berkata, meskipun menjual pada harga yang murah dia masih lagi tidak me­ngalami kerugian dan bersyukur walaupun dengan keuntungan yang sedikit.

“Saya pernah melalui detik hilang pekerjaan masa Perintah Kawalan Pergerakan dan saya merasa susahnya masa itu, jadi saya mahu semua orang boleh makan kuih kerana sekarang tidak semua orang senang.

“Alhamdulillah sambutan yang saya terima amat baik dan jualan kuih setakat ini habis setiap hari,” katanya di sini semalam.

Menurut Mohd. Haqim gerai­nya yang dibuka bermula pukul 3 petang itu menjual pelbagai kuih seperti karipap, cucur badak, kuih kasturi, donat, pau goreng dan pelbagai lagi kuih.

Katanya, pada masa ini setiap hari dia menjual masing-masing 1,000 biji karipap, pau goreng dan cucur badak, manakala kuih-kuih lain sekitar 300 hingga 500 biji se­hari.

“Alhamdulillah dengan bernia­ga, pendapatan saya adalah lebih baik, mungkin ini hikmah selepas balik kampung akibat hilang ker­ja di Cyberjaya, Selangor,” kata­nya.

Sementara itu, seorang pembeli, Mohd. Nor Ismail, 56, berkata, tindakan Mohd. Haqim yang juga bekas muridnya itu menjual kuih dengan harga yang begitu murah patut menjadi contoh kepada peniaga lain.

Katanya, pada masa ini tiada tempat lain menjual kuih dengan harga yang murah seperti itu sekali gus menyebabkan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Dia kata masih boleh untung dengan menjual pada harga yang murah dan dia mampu menjual pada kuantiti yang banyak setiap hari,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI