fbpx

Eyka Farhana ditegur lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYKA FARHANA dan imej seksi kini seperti sukar dipisahkan.

NAMPAKNYA cerita si cantik Eyka Farhana dan imej seksi macam susah nak berpisah.

Sebelum ini kerap juga Mizz Lahar dengar tentang imejnya sering dikecam kerana beberapa kali muncul berpakaian mencolok mata.

Memang ‘lari’ daripada imej Eyka sebelum ini. Mungkin semakin matang dan seiring dengan usianya.

Terbaharu, dia sekali lagi mengundang teguran ramai apabila memuat naik beberapa keping gambar dalam Instagram.

Difahamkan, foto tersebut bagi mempromosikan sebuah jenama antarabangsa, namun yang kurang enak dipandang ialah pakaiannya.

“Ini bulan puasa, berpakaianlah elok sikit. Sekurang-kurangnya tolong hormat bulan mulia,” komen netizen.

Bagi Mizz Lahar, mungkin foto tersebut sudah diambil sebelum bulan puasa dan baru dikongsi sekarang. Tak mengapalah Eyka, asalkan awak selesa dengan penampilan tersebut, abaikan saja kecaman ramai.

MIZZ LAHAR: Macam ‘keras’ semua juadah di bazar Ramadan pada tahun ini. Memang murah rezeki peniaga bazar kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI