fbpx

Dua beradik dicekup curi RM10,000 beli telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Tindakan dua beradik mencuri wang hasil jualan di pasar borong bernilai RM10,000 bagi membeli tiga telefon bimbit terbongkar selepas dicekup hari ini.

Kedua-duanya berusia 23 dan 20 tahun bekerja sebagai pekerja pusat borong serta jurujual ditahan pukul 12.45 tengah malam di rumah mereka di Bukit Belimbing, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Ambia Nordin berkata, perkara itu terbongkar susulan laporan seorang penyelia wanita sebuah pusat borong di pasir penambang kira-kira pukul 11 pagi semalam.

Katanya, hasil rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek bertopi keledar memasuki premis itu menggunakan anak kunci lalu menuju ke kaunter tempat simpanan wang dan mencurinya.

“Hasil penelitan CCTV, pengadu mengesyaki perkara itu dilakukan salah seorang stafnya sendiri ekoran susuk tubuh.

“Selain itu, sebelum kejadian berlaku pekerja tersebut menanyakan lokasi simpanan hasil jualan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Ambia, hasil siasatan mendapati suspek merupakan pekerja pusat borong mengaku terlibat dalam kegiatan mencuri itu dan turut dibantu adik kandungnya.

Tambahnya, mereka membelanjakan wang curi berkenaan untuk membeli tiga telefon bimbit.

“Polis turut merampas wang tunai RM5,600, tiga telefon bimbit dan masing-masing satu helmet, jaket dan seluar,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI