fbpx

Drama ‘perkahwinan’ Kourtney Kardashian, Travis Barker

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOURTNEY dan kekasih, Travis Barker.

KECOH beberapa hari ini tentang perkahwinan bintang realiti, Kourtney Kardashian bersama tunangnya Travis Barker yang merupakan pemain dram kumpulan Blink-182.

Pasangan tersebut dikatakan telah melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja di Las Vegas beberapa jam selepas muncul di acara Grammy Awards pada Isnin lalu.

Berita perkahwinan tersebut tular dan pasangan itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan-rakan selebriti dan juga peminat.

Namun, ‘perkahwinan’ berkenaan sebenarnya tidak lebih sekadar latihan sahaja.

Hal ini kerana, kakak kepada Kim Kardashian itu sendiri mendedahkan bahawa mereka tidak mendaftarkan lesen perkahwinan yang membawa maksud perkahwinan di Las Vegas itu tidak rasmi atau tidak sah secara undang-undang.

“Terjumpa gambar ini dalam kamera. Satu masa dahulu, di tempat yang jauh (Las Vegas) sekitar jam 2 pagi selepas malam yang liar bersama alkohol.

“Ratu dan rajanya pergi ke satu-satunya gereja yang dibuka bersama Elvis dan berkahwin (tanpa lesen). Latihan membawa kesempurnaan,” tulis Kourtney menerusi Instagramnya semalam.

Latihan ‘perkahwinan’ itu dilakukan enam bulan selepas mereka mengumumkan pertunangan.

Kourtney tidak pernah berkahwin dan memiliki tiga orang anak bersama bekas kekasihnya Scott Disick.

Sementara itu, Travis pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama bersama Melissa Kennedy hanya bertahan sembilan bulan sebelum bercerai pada 2002.

Travis kemudiannya berkahwin buat kali kedua dengan Shanna Moakler dan mereka dikurniakan dua orang anak sebelum bercerai pada 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI