fbpx

Doktor dikecam larang ibu bapa bawa anak ke bazar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran TikTok Dr. Rafidah yang berkongsi kebimbangan melihat ramai kanak-kanak dibawa ke bazar Ramadan.

PETALING JAYA – Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi, Dr. Rafidah Abdullah bmbang mengenai kehadiran kanak-kanak di bazar Ramadan.

Menurut beliau, kebanyakan mereka belum menerima suntikan vaksin Covid-19 dan keadaan tesebut boleh mendedahkan golongan tersebut terhadap jangkitan virus berkenaan.

“Pening kepala saya tengok ibu bapa bawa anak-anak kecil ke bazar Ramadan. Ingat, (kanak-kanak) yang berusia bawah lima tahun tidak divaksin manakala yang berusia lima hingga 11 tahun belum lengkap vaksinasi,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen video yang dimuat naik oleh Dr. Rafidah, rata-rata ibu bapa kurang bersetuju dengan pandangan beliau.

Mereka berpandangan sekiranya anak dibiarkan tinggal di rumah tanpa pengawasan adalah lebih berbahaya berbanding membawa bersama pergi ke bazar.

“Anak saya berusia dua tahun, nak tinggalkan pada abangnya yang berusia tujuh tahun, tahukah dia menjaga adik. Kalau jadi apa-apa bukankah bahaya lebih baik saya bawa bersama,” kata seorang wanita.

Seorang lagi pengguna media sosial berseloroh untuk meninggalkan anaknya di bawah jagaan Dr. Rafidah sekiranya dia ingin ke bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka.

“Kalau saya hendak ke bazar tetapi dilarang bawa anak, saya tinggalkan pada Dr., boleh Dr. jaga sekejap,” ujarnya.

Golongan ibu bapa sebenarnya sedar akan risiko anak-anak mereka, namun mereka memberi alasan terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai penjaga di rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI