fbpx

Buruh dijel angkara pukul isteri tolak seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa tertuduh selepas dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen Melaka, Ayer Keroh hari ini.

MELAKA – Tindakan kejam seorang buruh memukul dan menendang isterinya hanya kerana mangsa enggan melakukan hubungan seks berbalas selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hukuman terhadap V. Murugan, 30, itu dibuat Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin dan Hakim Nariman Badruddin.

Tertuduh didakwa dengan sengaja memukul kepala mangsa yang berusia 24 tahun dengan menggunakan topi keledar.

Tertuduh juga mencederakan anak lelakinya berusia enam tahun dengan memukul bahu kanan mangsa menggunakan wayar telefon.

Murugan turut didakwa mengugut dengan cara meletakkan sebilah parang di leher mangsa dan menendang wanita itu di dada sehingga terjatuh.

Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa dalam keadaan mabuk dan bertindak mengugut serta memukul isterinya selepas berang mangsa enggan melakukan hubungan seks.

Anak tertuduh yang melihat kejadian telah menjerit sebelum turut dipukul menggunakan wayar telefon. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI