fbpx

Barcelona enggan dilabel pilihan utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI (kiri) tidak mahu rekod semasa pasukannya mampu menjamin kemenangan mudah ke atas Frankfurt awal pagi esok. – AFP

BARCELONA – Ketua jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez enggan menjadikan rekod hebat skuad bimbingannya yang masih belum tewas dalam kalendar tahun ini sebagai jaminan mereka akan layak mudah ke separuh akhir Liga Europa.

Sebaliknya, Xavi menegaskan, anak-anak buahnya masih perlu memberikan prestasi terbaik apabila bertandang ke Jerman menentang Eintracht Frankfurt menjelang aksi suku akhir pertama Liga Europa di Waldstadion awal pagi esok.

“Kami berhak mara ke pe­ringkat ini tetapi saya tidak melihat Barcelona sebagai pasukan pilihan. Kami tidak begitu ‘me­ngenali’ pasukan-pasukan dalam kejohanan ini berbanding Liga Juara-Juara.

“Namun, saya akui kami tetap mahu memenangi kejohanan ini. Sekarang semuanya berada dalam keadaan terbaik dan saya harap kami dapat memanfaatkan aksi suku akhir ini,” katanya.

The Catalans masih belum tewas daripada 22 perlawanan untuk tempoh 90 minit sebenar permainan dalam semua kejohanan sejak kalah 0-3 kepada Ba­yern Munich ketika aksi terakhir pe­ringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada Disember tahun lalu.

Bukan itu sahaja, Barcelona juga berjaya mencatat empat kemenangan berturut-turut termasuk menewaskan Sevilla 1-0 hasil jaringan tunggal Pedri untuk melonjak ke tangga kedua La Liga ketika ini.

Dalam pada itu, pengendali Frankfurt, Oliver Glasner mendedahkan, para pemainnya sudah tidak sabar untuk mencipta kejutan ke atas Barcelona seperti dilakukan ke atas satu lagi wakil Sepanyol, Real Betis di pusingan 16 terbaik sebelum ini.

“Jika kami boleh kalahkan Betis, bermakna kami juga mempunyai kemampuan untuk lakukan perkara sama ke atas Barcelona. Semua pemain gembira kerana bukan selalu kami mendapat peluang bertemu Barcelona,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN