fbpx

Barang kemas suri rumah RM15,000 dikebas penyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang suri rumah mengalami kerugian kira-kira RM15,000 selepas barang kemas miliknya dilarikan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Wakaf Mek Zainab di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi apabila mangsa yang berusia 32 tahun sampai di rumah selepas pulang menghantar anaknya ke sekolah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, mangsa masuk ke dalam rumah sebelum melihat seorang lelaki memakai topeng berada di dalam bilik tidur.

Menurutnya, lelaki terbabit dipercayai sedang menggeledah bilik tidur mangsa sebelum mengarahkan wanita itu memberi barang kemas yang dipakainya.

“Takut dengan keadaan itu, mangsa terus menyerahkan dua utas rantai leher dan dua gelang tangan emas yang dianggarkan bernilai RM15,000.

“Berdasarkan keterangan mangsa, suspek tidak membawa sebarang senjata ketika itu dan hanya memakai topeng kain berwarna kelabu,” katanya ketika dihubungi Kosmo!hari ini.

Mohd. Suhaimi memberitahu, siasatan mendapati, mangsa tidak mengunci pintu rumahnya sebelum keluar menghantar anak ke sekolah manakala suaminya pula keluar bekerja.

Katanya, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini semalam dan gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI