fbpx

‘Bang Chik’ larikan duit sedekah ditahan, guna beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bang Chik (kiri) bersama peralatan yang diguna untuk melakukan kegiatan tersebut.

MELAKA – Seorang lelaki digelar ‘Bang Chik’ diberkas polis selepas dipercayai melarikan wang sumbangan para jemaah di 23 buah masjid dan surau melibatkan jumlah kerugian RM5,650.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan dalam Op Tabung oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah D4 (Risikan Jenayah), minggu lalu.

Katanya, suspek ditahan bersama-sama wang tunai sebanyak RM19 di sekitar Pantai Puteri, Tanjung Keling, di sini pada pukul 12.15 pagi.

“Seorang suspek digelar ‘Bang Chik’ telah diberkas selepas dipercayai terlibat dalam 23 kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Melaka melibatkan 16 kes di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah (enam) dan satu kes di Jasin.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku melakukan kegiatan itu seorang diri sejak awal tahun ini dengan menggunakan motosikal milik keluarganya. Kerugian dilaporkan berjumlah keseluruhan RM5,650,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, modus operandi suspek adalah menjalankan kegiatan antara pukul 12 tengah malam sehingga pukul 5 pagi dengan hasil diperoleh antara RM3 sehingga RM500.

“Suspek mengaku telah menggunakan hasil curi itu untuk perbelanjaan harian dan juga membeli dadah, malah turut melakukan kegiatan sama di Negeri Sembilan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Zainol memberitahu, sepanjang tahun ini, kontinjen Melaka berjaya menyelesaikan 11 kes pecah tabung masjid dan surau. -KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI