fbpx

ACP Suffian Ketua JSJ Terengganu baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Marzukhi (kiri) menyerahkan dokumen Ketua JSJ Terengganu kepada Suffian (kanan) sambil diperhati Rohaimi di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner (ACP) Suffian Sulaiman dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu baharu berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan ACP Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (Latihan, Peperiksaan dan Kompetensi) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Majlis serah tugas antara Suffian dan Mohd. Marzukhi disaksikan Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Rohaimi berkata, kadar indeks jenayah di Terengganu berjaya dikawal baik sewaktu JSJ negeri diterajui Mohd. Marzukhi.

Beliau berkata, sebanyak 150 kes jenayah curi, pecah rumah (120 kes) dan curi motosikal (64 kes) dilaporkan di Terengganu sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

“Ia masih rendah jika dibandingkan kontinjen negeri-negeri lain. Saya berharap momentum baik ini diteruskan Ketua JSJ baharu (Suffian),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan pemakaian pangkat ACP kepada Suffian yang sebelum ini berpangkat Superintendan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI