fbpx

252,730 pengembara keluar, masuk negara sejak 1 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merekodkan seramai 252,730 pengembara masuk dan keluar melalui pintu-pintu masuk utama negara bagi tempoh 1 hingga 4 April lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jumlah pergerakan masuk dan keluar itu susulan pembukaan sempadan negara sejak 1 April lalu.

Beliau berkata, pergerakan itu direkodkan di pintu udara dan darat negara termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor, Padang Besar di Perlis, Bukit Kayu Hitam di Kedah.

“Daripada jumlah itu, seramai 126,392 (ketibaan) dan 28,301 (berlepas) adalah warganegara Malaysia, manakala 55,121 (ketibaan) dan 42,916 (berlepas) adalah pengembara warga asing.

“Lima negara yang merekodkan jumlah pelawat tertinggi adalah Singapura (65,165), Thailand (7,841), Indonesia (5,173), India (2,477) dan United Kingdom (1,485),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Katanya, pergerakan warga asing tertinggi dicatatkan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) (160,818), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (38,407), Kompleks Sultan Abu Bakar (Link Kedua) (53,113), klia2 (11,712) dan
Bukit Kayu Hitam (6,980).

Khairul Dzaimee berkata, susulan itu, pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) juga mencatatkan peningkatan yang mendadak iaitu 12,923 naskah pasport bagi tempoh 1 hingga 4 April lalu.

Menurutnya, pihaknya menjangkakan jumlah pengeluaran PMA akan terus meningkat berikutan orang awam memanfaatkan pembukaan sempadan bagi tujuan melancong keluar negara dan mengerjakan ibadah umrah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI