fbpx

15 PATI tiada hala tuju dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan PATI yang ditangkap di pesisir Long Beach, Morib semalam.

KUALA LANGAT – Hasrat 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) menyusup masuk selepas pembukaan sempadan negara tidak kesampaian apabila dicekup di persisir Long Beach, Morib, di sini semalam.

Kesemua PATI termasuk tujuh wanita berusia 19 hingga 58 tahun ditahan pukul 7.50 pagi hasil rondaan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, berdasarkan siasatan mereka membayar antara RM1,400 hingga RM2,000 dengan mendarat di lokaliti berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Katanya, mereka dipercayai berlepas dari dari Tanjung Balai Asahan, Indonesia dengan menaiki bot nelayan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

“Hasil pemeriksaan juga terdapat dua PATI mempunyai hubungan ibu dan anak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Rizal memberitahu, ketika ditahan mereka yang bersembunyi di pesisir tersebut tidak mempunyai hala tuju dan cuba mencari peluang pekerjaan menerusi kenalan mereka yang sudah menetap di negara ini.

Tambah beliau, tangkapan tersebut adalah pertama bagi Op Nyah 1 Selangor selepas pintu sempadan dibuka kerajaan.

“Kesemua PATI telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI