fbpx

Verstappen ada pilihan ‘angkat kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN (tengah) baru sahaja menandatangani kontrak jangka masa panjang bersama Red Bull sehingga 2028 yang dianggarkan bernilai RM220.9 juta setahun. – AFP

MILTON KEYNES – Penasihat pasukan Red Bull Racing, Helmut Marko mendedahkan, kontrak baharu Max Verstappen mempunyai klausa pelepasan sekiranya jentera mereka gagal untuk menjadi pencabar kejuaraan dunia.

Bulan lalu, Verstappen yang juga juara dunia menandatangani kontrak jangka masa panjang baharu bernilai £40 juta (RM220.9 juta) setahun bagi membolehkan dia terus berlumba bersama Red Bull sehingga 2028.

Pelumba sensasi dari Belanda itu dianggap sebagai salah seorang pemandu terbaik dunia dan Marko mengakui, beliau tidak mampu untuk menghalang keinginan Verstappen untuk meninggalkan Red Bull pada masa hadapan.

“Sekiranya peristiwa 2014 kembali berulang di mana kami gagal bersaing dengan Mercedes dari segi keupayaan enjin, memang ada klausa pelepasan yang dimasukkan dalam kontrak baharu Max (Verstappen).

“Max boleh diibaratkan sebagai pemain penting dalam permainan catur. Tidak mengejutkan Red Bull memasukkan klausa seperti ini kerana kami komited untuk mengekalkan Max sehingga 2028,” katanya.

Bekas pelumba kelahiran Austria itu juga percaya kehadiran Verstappen dalam pasukan turut memberi nilai tambah kepada Red Bull kerana dia mampu membawa aura positif kepada pasukan dan pelumba lain.

“Apabila anda memiliki seorang pelumba seperti Max dalam pasukan, anda dapat rasakan sesuatu yang sangat positif. Dia memiliki pengaruh cukup besar dalam keseluruhan pasukan,” ujar Marko. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI