fbpx

UPSI, CIMA tawar Program Kepimpinan Kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Amin (dua dari kiri) Marzita (kanan sekali) dan Mohd. Asri (paling kiri) semasa majlis pelancaran Program Kepimpinan Kewangan CGMA.

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) dengan kerjasama Institut Akauntan Pengurusan Bertauliah (CIMA) kini menawarkan Program Kepimpinan Kewangan (FLP), Akauntan Pengurusan Global Bertauliah (CGMA).

Menurut Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff , kerjasama itu sekali gus memudahkan laluan pelajar mendapat kelayakan profesional selepas tamat dari program-program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana yang mendapat akreditasi pihak CIMA.

“Sebagai sebuah universiti pendidikan terulung tanahair, UPSI mengalu-alukan jaringan kerjasama strategik terutama badan-badan bertauliah antarabangsa seperti CIMA untuk memperoleh kelayakan profesional.

“Sebanyak sepuluh program ijazah yang akan diakreditasi, enam daripadanya merupakan Ijazah Sarjana Muda termasuk program perakaunan, pendidikan perakaunan, pentadbiran perniagaan dan ekonomi serta empat program Ijazah Sarjana dalam bidang yang sama.

“Ia sekali gus, memberi nilai tambah kepada mahasiswa yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana memperoleh kemahiran, kecekapan dan pemikiran supaya memenuhi kehendak majikan,” jelasnya ketika merasmikan majlis pelancaran program secara hibrid di Kampus Sultan Azlan Shah semalam.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Marzita Puteh, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, serta Pengarah CIMA Asia Tenggara, Sam Chor dan Pengurus Pembangunan Perniagaan CIMA Rushdan Rozlan menerusi talian.

Sementara itu bagi Dekan FPE, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Mohd. Noor berkata, FLP ditawarkan secara modular dan mempunyai empat peringkat itu sijil, operasi, pengurusan dan strategik.

“Pelajar perlu mengikuti kursus secara dalam talian disediakan oleh pihak CIMA manakala tempoh pembelajaran dalam talian adalah dan mengikut langganan setahun hingga tiga tahun, bergantung kepada keperluan pelajar.

“Program Ijazah Sarjana Muda yang mendapat akreditasi bermula di peringkat Operasi dan Program Sarjana bermula di peringkat pengurusan. Setiap peringkat mempunyai tiga modul dan satu kajian kes,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI