fbpx

Tiga pemborong dikompaun sebabkan harga ayam melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Premis dan pemborong yang disiasat pegawai PPDNHEP Selangor.

SHAH ALAM – Peningkatan harga ayam runcit di sesetengah pasar awam dan basah sekitar Selangor akhirnya terjawab apabila berpunca dari ketamakan tiga buah premis pemborong yang mengaut keuntungan berlebihan.

Ketiga-tiga premis pemborong di sekitar Klang, Puchong dan Kajang itu didapati menjual ayam standard sehingga RM8.20 berbanding ditetapkan RM7.60 sekilogram.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung pergerakan harga runcit ayam mencecah RM9.30 sekilogram berbanding ditetapkan RM8.90 di peringkat peniaga pasar.

Katanya, hasil pemeriksaan dijalankan semalam ke atas rantaian pengedaran mengenal pasti berlaku disebabkan tiga buah premis pemborong.

“Mereka didapati menjual ayam standard pada harga borong melebihi harga yang ditetapkan di bawah Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam.

“Dua daripada premis itu juga didapati berniaga tanpa lesen selepas gagal mengemukan dokumen lesen borong menjual barang kawalan (ayam),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Muhamad Zikril, ketiga-tiga premis tersebut telah dikenakan dikompaun serta merta dengan nilai masing-masing sebanyak RM1,000.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Kita turut meminta kerjasama orang ramai untuk mempraktikkan ‘Pengguna Bijak Adu’ mengenai salah laku mana-mana peringkat perniagaan menerusi saluran aduan rasmi seperti Bilik Gerakan KPDNHEP Selangor di talian 03-55144393/5518 1810/ 5512 5485 serta WhatsApp 019-279 4317,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI