PETALING JAYA – Gelagat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang sedang solat berjemaah bersama ayah dan abangnya telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.
Apa yang menariknya adalah apabila dia mula membacakan surah al-Fatihah dengan begitu kuat sehingga menutupi suara bapanya sebagai imam solat.
Menerusi perkongsian @norhidayahghazali90 di TikTok, kelihatan kanak-kanak tersebut membengkokkan badannya ke belakang sambil melaungkan bacaan ayat surah berkenaan dengan penuh lantang sehingga menyebabkan si perakam turut tergelak.
“Dari balik sekolah senyap je, tapi lepas dia buka puasa hampa dengarlah suara dia macam mana. Kalah Pak Imam,” ujarnya.
Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih 2.1 juta tontonan dan rata-rata orang ramai turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak perempuan berkenaan.
“Konfius mana satu imam, sampai bengkok-bengkok badannya, tak tergelak ke ayahnya,” komen seorang pengguna.
“Ini kalau jin, syaitan lalu pun menggelupur kepanasan, bacaan yang lantang, teruskan usaha untuk solat dengan sempurna ya adik,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE