fbpx

Siasatan jual tanah lapangan terbang Seri Iskandar dimulakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fauzi

IPOH – Beberapa individu akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Seri Iskandar, Perak Tengah.

Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah memulakan siasatan selepas menerima aduan rasmi yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manjoi, Datuk Asmuni Awi, semalam.

“Siasatan dibuat bagi mengenal pasti sama ada wujud sebarang kesalahan mengikut Akta SPRM 2009.

“Individu-individu yang terbabit akan dipanggil untuk membantu SPRM dalam masa terdekat,” katanya.

Bagaimanapun, Mohd. Fauzi enggan mendedahkan identiti individu-individu yang bakal dipanggil untuk membantu siasatan berhubung perkara tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI