SEIRING perkembangan dalam bidang teknologi masa kini, banyak ciptaan inovatif yang memudahkan urusan manusia telah dibangunkan.
Pembersih vakum robotik antara salah satu ciptaan inovatif yang dapat membantu suri rumah untuk membersihkan rumah dengan mudah.
Deebot X1 Omni merupakan pembersih vakum robotik serba guna yang dapat membantu orang ramai untuk berbuat demikian.
Peranti ini dilengkapi dengan siri teknologi pintar baharu yang direka untuk membawakan automasi, kemudahan dan manfaat kepada pengguna.
Ia merupakan produk pembersih vakum robotik pertama yang berupaya menguruskan keseluruhan proses pembersihan lantai.
Selain menyapu, menyedut hampagas dan mengemop, model baharu ini juga berupaya membasuh dan mengeringkan pad mop serta mengumpulkan lebih banyak habuk menggunakan stesen pangkalan baharu.
Ini menjadikannya pembersih vakum robotik serba guna pertama yang benar- benar menjimatkan masa pengguna dalam melakukan kerja mengemas rumah.
Alat ini juga mempunyai stesen pangkalan serba guna yang menggabungkan fungsi pengumpulan habuk automatik, membersihkan mop, mengisi semula air dan pengeringan udara panas.
Stesen pangkalan Omni serba lengkap serta mempunyai tangki air bersih dan kotor sebesar 4 liter untuk menyimpan dan mengitar semula sisa air secara automatik.
Ia dilakukan selepas membersihkan pad mop dan mengisi semula tangki model Deebot X1 Omni dengan air bersih.
Pembersih vakum robotik ini menggunakan cip Horizon GAI dan ini merupakan kali pertama teknologi autopilot digunakan dalam robot perkhidmatan rumah.
Cip ini dapat meningkatkan keupayaan robot dengan lebih ketara bagi mengenal pasti objek yang berbeza dalam melicinkan kerja-kerja pembersihan.