fbpx

Pekerja diarah bayar jika minum air kosong di pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna Reddit memuatkan gambar penyejuk air dengan nota yang dilekatkan oleh majikannya. - Reddit

WASHINGTON – Seorang majikan di Amerika Syarikat (AS) digelar majikan paling teruk di dunia apabila mengenakan caj bagi air minuman yang diletakkan di ruang pejabatnya, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Perkara itu dimuat naik oleh salah seorang pekerja menerusi laman Reddit yang memberitahu majikannya menampal nota peringatan kepada kakitangan untuk membuat bayaran bulanan sekiranya meminum air tersebut.

“Air minuman ini bukan percuma. Sesiapa yang mahu meminum air ini, sila sertai Kelab Air Minuman dan bayar yuran AS$5 (RM21.09) sebulan,” demikian tulisan pada nota tersebut.

Status tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang berasakan ia satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh mana-mana majikan.

“Bagi pembayaran AS$60 (RM253) setahun, harapnya air minuman itu boleh menyembuhkan penyakit kanser,” komen seorang pengguna media sosial. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI