SEREMBAN – Pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) sekadar mengutip satu mata dalam perlawanan Liga Super menentang Selangor FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam tadi.
Pasukan kendalian K. Devan itu berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-57 melalui sepakan percuma yang diambil oleh Herold Mark Gaulon.
NSFC berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-75 hasil sepakan Evanonye Kossi Adetu berikutan kekocohan depan pintu gawang.
Walaupun bermain dengan 10 orang pemain selepas Yazan Mousa Mahmoud Al-Arab dikenakan kad merah pada minit ke-22 Selangor FC berjaya memperoleh dua gol awal.
Gol pertama Selangor FC hasil jaringan ke gawang sendiri oleh pemain NSFC, Nasrullah Haniff Johan hasil sepakan Herlison Caion De Sauza Ferreira pada minit ke-34.
Perlawanan tamat dengan keputusan seri 2-2 selepas tambahan masa 3 minit. – KOSMO! ONLINE