fbpx

Mayat lelaki Rohingya tanpa pakaian ditemui dengan kesan ditikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK forensik dan polis memeriksa mayat lelaki warga Rohingya yang ditemui tanpa pakaian dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh rakan serumahnya. -Foto NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Mayat lelaki etnik Rohingya ditemui tanpa pakaian dengan kesan tikaman di perut dipercayai dibunuh rakan serumahnya di sebuah rumah di Jalan Bukit Tembok di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 10 pagi dan setibanya di lokasi kejadian, satu mayat lelaki Rohingya berusia 19 tahun ditemui di bahagian lorong dapur menuju ke bilik dengan kesan tikaman di perut.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam dengan menggunakan senjata tajam, namun senjata yang digunakan tidak ditemui,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Difahamkan, rumah itu disewa oleh suspek etnik sama berusia dalam lingkungan 40-an sejak setahun lalu. Mangsa dipercayai menumpang rumah berkenaan sejak seminggu lalu.

“Malam tadi jiran memaklumkan terdengar pergaduhan dari rumah tersebut. Majikan suspek datang mencari lelaki itu di rumah kerana dia tidak datang ke tempat kerja,” katanya.

Berdasarkan maklumat terbaharu, suspek yang juga buruh ditahan di Pulau Pinang pada pukul 2 petang tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah untuk proses dokumentasi. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Sementara itu, seorang saksi memberitahu, suspek mengaku dia bergaduh dengan rakan serumahnya sebelum melarikan diri kerana khuatir mangsa meninggal dunia.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI