fbpx

KPDNHEP Perak rampas 7,000 liter diesel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguatkuasa KPDNHEP Perak memeriksa tangki berisi minyak disyaki diesel dalam serbuan di sebuah kilang papan di Jalan Lubuk Merbok, Simpang Lawin, Kuala Kangsar semalam.-IHSAN KPDNHEP

KUALA KANGSAR – Sebuah kilang papan di Jalan Lubuk Merbok, Simpang Lawin di sini diserbu selepas disyaki menyimpan minyak diesel tanpa kebenaran semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, ketika serbuan dilakukan, bahan bakar itu sedang dipindahkan dari sebuah lori tangki ke dalam tangki skid di kilang papan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 7, 000 liter minyak disyaki diesel disimpan di dalam premis tersebut tanpa kebenaran.

“Dalam serbuan itu, minyak yang disyaki diesel dan lori tangki disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM50,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, tindakan diambil ke atas pemilik kilang papan itu di bawah subperaturan 18(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan berjadual iaitu minyak diesel tanpa permit.

Katanya, bagi pembekal minyak diesel pula, kes disiasat di bawah Peraturan 9(2) Peraturan yang sama kerana menjual barang kawalan berjadual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI