fbpx

Khemah rosak, makanan bertaburan dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara khemah yang rosak berikutan hujan lebat dan angin kencang yang melanda tapak Bazar Ramadan Triang, hari ini.

BERA – Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Itu situasi getir yang dihadapi kira-kira 12 peniaga di tapak Bazar Ramadan Triang di sini apabila gerai dan makanan musnah dalam kejadian hujan lebat serta ribut petang tadi.

Peniaga roti john, Fazli Yaakob, 34 berkata, ini adalah kejadian kali pertama berlaku sepanjang dia berniaga di Bazar Ramadan.

Katanya, walaupun tiada kecederaan kepada peniaga namun hampir 80 peratus peniaga terpaksa menanggung kerugian.

“Angin kuat datang dari arah kawasan terbuka berdekatan. Ada peniaga yang pegang tiang khemah untuk elak khemah terbang.

“Masa ribut mula-mula tu, peniaga masih mampu pegang tiang tapi kejadian ribut kali kedua tu, mereka terpaksa lepaskan tiang. Kalau mereka berpaut juga, saya rasa mereka pun ikut terbang dengan khemah,” katanya.

Fazli berkata, jumlah kerugian para peniaga masih belum dapat dipastikan namun sebahagian besar peniaga terjejas mengalami kerugian kerana semua makanan dan minuman termasuk peralatan musnah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI