fbpx

Juventus akhirnya kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VLAHOVIC (tengah) berjaya memulihkan prestasi terumbang-ambing Juventus sejak berhijrah dari Fiorentina pada Januari lalu. - AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri akhirnya menyerah kalah terhadap peluang mereka untuk menjuarai gelaran Scudetto musim ini.

Ia selepas The Old Lady tewas 0-1 kepada juara bertahan, Inter Milan menerusi jaringan tunggal Hakan Calhanoglu yang menyempurnakan sepakan penalti pada aksi Serie A di Stadium Juventus malam kelmarin.

Keputusan itu menyaksikan Juventus yang ketika ini menduduki tangga keempat, semakin ketinggalan jauh dengan dua pasukan teratas, AC Milan dan Napoli dengan baki tujuh aksi sahaja lagi musim ini.

“Bermula sekarang saya boleh katakan bahawa Juventus sudah terkeluar daripada perebutan gelaran Scudetto musim ini.

“Permulaan musim ini amat mengecewakan. Misi kami selepas ini adalah mengutip sebanyak mata yang boleh supaya kami dapat mempertahankan tempat keempat pada akhir musim nanti,” katanya.

Begitupun, pengendali berusia 54 tahun itu tetap memuji barisan pemainnya yang kembali menemui prestasi sebenar sejak bermula pusingan kedua Serie A pada Januari lalu.

Kehadiran penyerang prolifik Serbia dari Fiorentina, Dusan Vlahovic antara faktor utama yang menyaksikan peningkatan ketara sehingga membolehkan Juventus kembali ke kelompok empat teratas.

Juventus selepas ini dijangka tidak berdepan halangan untuk kembali mencatat kemenangan apabila bertemu dua lawan mudah, Cagliari dan Bologna dalam dua aksi Serie A seterusnya minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI