fbpx

EB edar 6,000 pek cenderahati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Eksekutif Kanan Acara EB, Su Wei Jieh (kanan) bersama Nurul Fatihah menunjukkan produk sejuk beku keluaran syarikat tersebut.

PETALING JAYA – Jenama makanan sejuk beku terkemuka, EB Frozen Food Sdn. Bhd. (EB) akan mengedarkan kira-kira 6,000 pek cenderahati kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan kali ini.

Eksekutif Pemasaran EB, Nurul Fatihah Jamil berkata, pek cenderahati yang mengandungi bubur lambuk, produk EB antaranya Tempura Chicken Nugget dan ring roll (gegelung kacang soya). Ia sesuai dengan produk berasaskan sup.

Produk tersebut akan diedarkan di enam buah lokasi melibatkan tiga negeri.

Menurut beliau, edaran pek cenderahati berkenaan akan diberikan secara pandu lalu di lokasi yang telah ditetapkan oleh pihak EB.

“Sepanjang Ramadan ini, penyerahan pek cenderahati itu melibatkan empat lokasi sekitar Kuala Lumpur dan masing-masing satu di Kedah dan Johor.

“Lokasi pertama edaran adalah seperti program yang kita buat hari ini (kelmarin) di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kita telah edarkan kira-kira 1,000 pek cenderahati ini,” katanya kepada Kosmo!.

Mengulas lanjut, Nurul Fatihah menjelaskan, untuk destinasi seterusnya, EB akan melaksanakan program berkenaan di negeri Kedah bertempat di Masjid Zahir, Bandar Alor Setar pada khamis (esok).

Selain itu, katanya, program tersebut diteruskan ke Masjid Mua’dz Bin Jabal di Taman Setiawangsa pada Isnin depan (11 April) diikuti Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur pada 18 April.

“Dua lokasi lain adalah di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 25 April dan lokasi terakhir adalah di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, Johor pada 28 April nanti,” jelasnya.

Produk EB yang popular khususnya Tempura Chicken Nugget diperbuat daripada isi dada ayam dan tanpa mengandungi lemak trans. Nugetnya memiliki tekstur lembut, berjus, ranggup dan aromatik serta menyelerakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI