fbpx

Dua rakan nafi larikan pelbagai barang termasuk cincin kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Adib (kanan) dan Fais diiringi anggota polis selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memecah masuk rumah dan mencuri pelbagai barangan termasuk sebentuk cincin kahwin pada bulan lalu.

Tertuduh, Mohd. Adib Kassim, 32, dan Fais Yusoff, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mereka didakwa memecah masuk rumah milik Mohd. Hamizzuri Huri, 48, untuk mencuri sebentuk cincin kahwin platinum lelaki, seutas gelang emas, rantai emas, jam tangan pelbagai jenama bernilai RM5,000.

Tertuduh turut melarikan enam buah beg tangan pelbagai jenama, satu beg sandang berisi matawang asing, tiga kunci motosikal dan minyak wangi.

Turut dilarikan adalah alat kawalan jauh pintu pagar, dompet, dua komputer riba, telefon, komputer tablet, kunci kereta dan rumah serta sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier.

Kesalahan dilakukan di Jalan M5 Taman Merak di sini pada pukul 8.15 malam, 3 Mac lalu dan didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri memohon agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin, namun peguam Amrit Singh merayu agar jaminan dibenarkan dengan alasan anak-anak guamnya telah berkahwin dan mempunyai anak kecil.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 setiap seorang berserta syarat tambahan lain. Sebutan semula kes ditetapkan pada 19 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI