fbpx

Dua maut nahas dua buah kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 29, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, awal pagi tadi. - Foto IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Dua maut selepas terbabit dalam nahas dua buah kenderaan di kilometer 29, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, mangsa, Nur Amylia Shahira Hamidi, 24, beralamat di Kampung Pelangai, di sini, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala menurutnya, seorang lagi pemandu, Mohamad Kamil Ahmad Ishak, 28, yang beralamat di Taman Wira Jaya, Kuala Pilah, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah.

“Kemalangan berkenaan membabitkan dua buah kereta iaitu Perodua Kancil yang dipandu Amylia yang bekerja sebagai Pengurus Pizza Hut dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Kuala Pilah, manakala, kereta jenis Perodua Kenari yang dipandu Mohamad Kamil datang dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai kereta Perodua Kancil telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Kenari yang sedang bergerak dari arah Kuala Pilah menghala ke Terachi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Amran berkata, akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu kereta Produa Kancil telah meninggal dunia di tempat kejadian susulan mengalami kecederaan pelbagai, manakala pemandu kereta Perodua Kenari pula meninggal dunia semasa menerima rawatan di zon merah Hospital Kuala Pilah susulan mengalami kecederaan pelbagai.

“Mayat telah di hantar ke Unit Perubatan Forensik HTAN untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI