PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di lapan negeri termasuk Sabah dan Sarawak petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, keaadan tersebut dijangkakan berlaku sehingga pukul 6 petang.
“Di Kedah melibatkan Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak membabitkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
“Di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai sementara di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman,” katanya.
Selain itu, keadaan sama turut dijangka berlaku di Rompin, Pahang sementara di Johor tertumpu di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.
“Di Sarawak membabitkan Samarahan (Samarahan dan Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis).
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas).
Tambah MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam. – KOSMO! ONLINE