fbpx

Skuad PJ City idam rosakkan impian besar Sang Penyu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANIAM akur bahawa JDT berada di tahap yang berbeza ketika menyaksikan PJ City dibenam 4-0 pada aksi Liga Super di Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

PELUANG bermain dalam dua aksi awal Liga Super dan Piala FA sebelum ini menjadikan Petaling Jaya City FC sebagai pasukan lebih bersedia untuk berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Walaupun kemampuan sebenar TFC masih lagi kekal misteri, pengendali PJ City, P. Maniam yakin kualiti yang dimiliki anak-anak buahnya mampu menghasilkan kemenangan kedua, sekali gus mampu merea­lisasikan target jadi lima pasukan terbaik.

“Saya tahu TFC adalah pasukan yang miliki kualiti dan bukan senang untuk memenangi perlawanan ini. Bukan soal jersi saja, kita juga mahu tunjukkan prestasi terbaik dan itu adalah perkara yang paling mustahak.

“Dengan pendekatan pasukan ini iaitu Yakini Lokal dan apa yang kita ada sekarang, saya tetap yakin kami mampu raih mata,” katanya kepada pemberita.

Daripada tiga aksi yang sudah diharungi, PJ City merekodkan satu kemenangan ke atas Melaka United pada aksi pertama Liga Super sebelum tewas 3-1 kepada Sabah FC. Bagaimanapun, pasukan itu bangkit menewaskan Kelantan FC 2-1 pada saingan Piala FA.

Terengganu sebelum ini dihimpit penangguhan perlawanan selepas dua pemain pasukan lawan, Sri Pahang dan Negeri Sembilan dijangkiti Co­vid-19.

Untuk aksi kali ini, kelibat Darren Lok dan S. Kumaahran dijangka terus menjadi taruhan terbaik buat PJ City bagi merobek gawang Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI