fbpx

China mahu bina ‘kereta api kiamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan kereta api pengangkut maglev berkelajuan tinggi milik China yang bergerak pada kelajuan 600 kilometer sejam. – VCG/Getty

BEIJING – Tentera China sedang merancang untuk membina ‘kereta api kiamat’ berkelajuan tinggi yang mampu melancarkan senjata nuklear berkuasa tinggi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut laporan, rancangan itu adalah untuk mewujudkan kereta api yang boleh bergerak pantas secara domestik dan dilengkapi peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) untuk mengelak dikesan musuh.

Kereta api itu juga dikatakan mungkin boleh melancarkan peluru berpandu termasuk kepala peledak nuklear di atas landasan yang ditambah baik untuk menyerap kejutan letupan.

Rancangan yang masih dalam peringkat pelan tindakan itu dibiayai pemerintah pusat China dan diketuai oleh Profesor Madya Kejuruteraan Awam, Yin Zhong, bersama dengan Universiti Jiaotong Southwest di Chengdu, lapor akhbar South China Morning Post.

Kajian semakan yang diterbitkan baru-baru ini dalam Journal of Southwest Jiaotong University mendedahkan mengenai kebaikan dan keburukan rancangan itu.

“Berbanding kereta api jarak jauh, kereta api berkelajuan tinggi ini bergerak dengan lebih pantas dan lancar. Ini bermakna, ia akan dilengkapi mobiliti, keselamatan dan penyembunyian kenderaan tentera yang lebih besar,’’ kata penyelidik kajian. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI