fbpx

Chelsea belum tekan butang panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WERNER (tengah) berjaya meledak satu gol buat Chelsea ketika menewaskan Real pada aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara musim lalu. – AFP

LONDON – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel tidak berminat untuk membuat ‘kerja gila’ menjelang pertembungan getir suku akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stamford Bridge awal pagi esok.

Sebaliknya, pengendali berusia 48 tahun itu tetap menaruh kepercayaan tinggi kepada barisan pemainnya walaupun tewas 1-4 di tangan Brentford pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu lalu.

“Kami tidak perlu sesuatu yang istimewa sekarang. Kami perlu teruskan rutin yang kami lakukan sepanjang musim ini dengan cara yang paling baik.

“Saya tidak perlu melakukan ‘kerja gila’, tak kisahlah sama ada bertemu pasukan besar atau tiada nama sekalipun ke­rana semua perlawanan amat penting buat kami.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi (kalah kepada Brentford). Real boleh lakukan apa sahaja yang mereka mahukan tetapi kami akan bersedia sebaiknya dan cuba meraih kemenangan,” kata Tuchel.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di Stamford Bridge menyaksikan Chelsea menang 2-0 ke atas Real hasil jaringan Timo Werner dan Mason Mount pada separuh akhir kedua Liga Juara-Juara musim lalu.

Kemenangan itu memboleh­kan The Blues mencatat keputusan agregat 3-1 sebelum menewaskan Manchester City 1-0 di final untuk dinobatkan sebagai juara Eropah musim lalu.

Justeru, Tuchel berharap pemain tengah, N’Golo Kante dapat kembali beraksi pada tahap sebenarnya menentang Real awal pagi esok jika berhasrat untuk mempertahankan gelaran tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI