fbpx

CBP tawar Ar Rahnu bantu kurangkan masalah kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Co-opbank Pertama (CBP) membantu golongan yang masih terkesan daripada pandemik Covid-19 dan persekitaran ekonomi yang sukar kini dengan tawaran pembiayaan menerusi gadaian emas, Ar Rahnu sehingga nilai RM350,000.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, melalui produk tersebut, kadar pembiayaannya adalah sehingga 75 peratus daripada nilai emas semasa dan juga diberi pilihan untuk tempoh bayaran yang lebih fleksibel.

“Kami menerima pelbagai jenis barangan kemas daripada jenis berbatu, kepingan emas, wafer emas dan syiling emas,” katanya di sini.

Selain itu, CBP juga menawarkan produk pembiayaan kepada individu, koperasi dan juga korporat bagi memberi pilihan terbaik untuk mengelakkan bebanan hutang atau terjerat dengan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen.

“Dengan pelbagai produk pembiayaan yang ditawarkan, CBP dapat membantu orang ramai daripada terjerat dengan pinjaman ‘ah long’, bahkan rata-rata mereka yang mendapat manfaat daripada kemudahan pembiayaan tersebut berjaya menyelesaikan masalah hutang masing-masing. 

“Pembiayaan yang ditawarkan juga dilihat memberi banyak kelebihan kepada kepada orang ramai kerana ia patuh syariah, tawarruq dan selamat.

“Malah kadar keuntungan yang ditawarkan juga adalah serendah 0.71 peratus sebulan sehingga 8.5 peratus setahun,” jelas CBP. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI