fbpx

Bayi lima bulan maut, empat parah kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Viva dinaiki keluarga Nur Al Ammara yang terlibar dalam kemalangan dengan kenderaan Toyota Alphard di KM 51, Jalan Sungai Lerek, Setiu semalam.

SETIU – Seorang bayi perempuan berusia lima bulan maut manakala empat termasuk ibu dan kakaknya cedera parah dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Viva dengan kenderaan pelbagai guna (MPV), Toyota Alphard di Kilometer 51, Jalan Sungai Lerek di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.15 petang itu, mangsa, Nur Al Ammara Mohamad Budiman meninggal dunia manakala ibunya, Siti Fatimah Abdullah, 34, mengalami pendarahan kepala dan kakaknya, Nur Al Jannah pula patah kaki kiri.

Kemalangan itu turut menyebabkan pemandu kenderaan Toyota Alphard, Aiza Romainor, 40, cedera parah di bahagian kepala manakala bayi perempuannya, Sharifah Amanda Zuhaira Syed Zuanda, 1, pula patah paha kiri.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, sewaktu kejadian kenderaan Toyota Alphard dipandu Aiza dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah di Skudai, Johor dari Kota Bahru, Kelantan.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Viva dipandu suami Siti Fatimah, Mohamad Budiman Abdul Ghani, 34, yang dalam perjalanan pulang ke Tanah Merah, Kelantan dikatakan cuba memotong sebuah lori di hadapannya tetapi gagal.

“Kereta itu kemudiannya merempuh kenderaan Toyota Alphard yang berada di laluan bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Afandi berkata, kemalangan itu menyebabkan Mohamad Budiman dan anak perempuannya keduanya serta dua anak lelaki Aiza mengalami kecederaan ringan.

Tambah beliau, mayat Nur Al Ammara telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini manakala lapan yang cedera termasuk empat parah pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama.

“Kes masih disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI