fbpx

Atikah ‘balas dendam’ balik Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atikah Suhaime

PETALING JAYA – Selepas dua tahun ‘terkurung’ di Malaysia akibat pandemik Covid-19, pelakon Atikah Suhaime gembira apabila akhirnya dapat meraikan ibadah puasa bersama keluarganya di Singapura.

Atikah atau nama lengkap­nya Nur Atikah Mohd. Suhaime, 31, ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia begitu teruja untuk meluangkan masa bersama keluarga di Si­ngapura dan telah melangsaikan kerja di Malaysia.

“Mestilah saya rasa sangat gembira. Sudah dua tahun saya tidak berjumpa keluarga di Si­ngapura. Saya sangat seronok kerana tahun ini dapat ber­puasa bersama keluarga.

“Selama dua tahun tidak dapat pulang ke Singapura kerana pintu sempadan kedua-dua negara ditutup, saya terpaksa bekerja walaupun ketika bulan puasa. Jadi tahun ini saya mahu ‘membalas dendam’ untuk meluangkan masa bersama ke­luarga,” ujarnya.

Kata pelakon drama Kerana Binti Abdullah itu lagi, sebelum pintu sempadan dibuka pada 1 April lalu, dia sudah pun pulang ke Singapura sejak Feb­ruari lalu menggunakan sistem La­luan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara antara Malaysia dan Singapura.

“Saya sudah pulang sejak Februari lalu menggunakan VTL. Saya memang sudah merancang awal supaya boleh menyambut Ramadan bersama keluarga.

“Jadi saya telah pun selesaikan urusan pekerjaan lebih awal supaya dapat bercuti dengan tenang bersama keluarga,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI