fbpx

Amyra Rosli tambah ‘sakit’, anak masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMYRA ROSLI berkongsi keadaan anak keduanya yang kini diserang demam panas.

PETALING JAYA – Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri pada minggu lalu, emosi pelakon Amyra Rosli kembali terganggu apabila anak keduanya, Ayra Aryssa mengalami demam panas sehingga suhu badannya mencecah lebih 40 darjah Celsius.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Amyra berkongsi foto keadaan Aryssa yang kini berusia dua tahun ketika dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Aryssa demam panas. Suhu badan 40 hingga 41 darjah Celsius tidak turun-turun. Sudah dua hari. Cepat sembuh anakku sayang,” tulisnya dalam Instagram.

Menerusi hantaran berbeza dalam InstagStory miliknya, pelakon drama Sang Pewaris itu turut meluahkan rasa berat hati untuk bekerja memandangkan anaknya kini berada di hospital.

“Beratnya hati hendak pergi kerja,” ujarnya.

Perkongsian Amyra turut mendapat perhatian dan simpati daripada rakan-rakan selebriti apabila mereka turut mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan anaknya.

“Sayang. Semoga cepat sembuh supaya ibu dan ayah senang hati. Supaya boleh jumpa abang (Aqeef Anaqi),” kata pelakon Nad Zainal.

“Semoga cepat sembuh si comel. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan,” tulis penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya.

“Allahuakhbar. Semoga diberikan kesembuhan pada anak yang baik ini ya Allah,” pinta pelawak Shuib.

Pada minggu lalu, Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli, 30 terpaksa mengambil cuti selama beberapa hari selepas menderita ‘penyakit misteri’ apabila mengalami sakit sendi seluruh badan, selain kakinya bengkak dan lebam-lebam.

Amyra juga sukar untuk menggambarkan kondisi sebenarnya kondisi kesihatannya yang seolah-olah ‘tidak sakit tetapi sakit’.

Kata isteri kepada pelakon Amar Baharin itu, selain mencuba perubatan homeopati, dia juga berusaha mencari penyelesaian menerusi rawatan islamik bersama seorang ustaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI