AKTOR kacak dan tinggi lampai, Ahn Hyo-seop menjadi sorotan peminat berikutan kehangatan drama lakonannya, Business Proposal yang sedang menemui penonton.
Memegang watak seorang CEO muda bernama Kang Tae-mu, Hyo-seop digandingkan dengan aktres jelita, Kim Se-jeong sebagai pasangan kekasih.
Keserasian mereka dalam drama berkenaan menuai harapan peminat agar kedua-duanya benar-benar menjalin cinta dalam dunia realiti.
Bagaimanapun, nampaknya hasrat peminat tidak akan menjadi kenyataan apabila tersebarnya dakwaan bahawa Hyo-seop sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati.
Seperti diberitakan banyak media Korea Selatan, aktor berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menjalin cinta dengan pelakon cantik, Park Ji-hyun.
Hyo-seop dan Ji-hyun yang pernah menjalani projek bersama dalam iklan sebuah jenama pakaian pada 2017 dikatakan sudah pun berkasih sejak lima tahun lalu.