fbpx

8 peniaga ‘terduduk’ premis hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba bertungkus lumus memadam api kebakaran premis perniagaan dalam kejadian di Jalan Alsagoff, Pontian, Johor petang hari ini.

PONTIAN- Lapan peniaga diuji pada hari keempat Ramadan apabila kedai mereka di Jalan Alsagoff di sini musnah dalam kebakaran petang hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, kebakaran melibatkan kedai menjual barangan persiapan haji dan umrah, tudung, basikal dan bengkel motosikal.

Pekerja kedai tudung, Khadijah Misnon, 21, berkata, api marak begitu cepat menyebabkan tudung-tudung yang diletakkan di dalam stor tidak sempat diselamatkan.

Jelasnya, kejadian itu disedarinya selepas peniaga di kedai sebelah berlari memaklumkan kejadian kebakaran itu.

“Tiba-tiba jiran kedai sebelah, Normah Adam, 66, yang merupakan pemilik kedai barangan haji dan umrah memanggil saya dan dua lagi rakan supaya segera hubungi bomba.

“Dia beritahu, terdengar bunyi letupan yang kuat. Tidak lama selepas itu, kami nampak asap. Kami cuba selamatkan barang di dalam kedai yang turut dibantu orang awam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.47 petang.

Katanya, kebakaran melibatkan lapan buah pintu rumah kedai yang berusia lebih 40 tahun.

Menurut beliau, seramai 24 Anggota Dari BBP Pontian, Pontian Baru dan Pekan Nanas terlibat dalam operasi pemadaman api dengan bantuan tiga jentera FRT selain satu Lori tangki.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI