fbpx

YouTuber popular ditahan bantu siasatan kes kematian wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMARUL

BALIK PULAU – Polis menahan seorang pemuda yang juga teman lelaki kepada seorang wanita yang dilaporkan maut dipercayai akibat dipukul dalam kejadian di sebuah kediaman kenalan mereka di Teluk Kumbar di sini Sabtu lalu.

Tangkapan ke atas suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu bersama tiga lagi rakan lelakinya dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Daerah Barat Daya sejak semalam hingga hari ini.

Difahamkan, salah seorang suspek yang juga rakan teman lelaki mangsa merupakan Youtuber terkenal dan mempunyai lebih 100,000 pengikut.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, penahanan ke atas keempat-empat suspek dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada seorang doktor di Hospital Balik Pulau mengenai pesakitnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kritikal 2 April lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas badan mangsa berusia 20 tahun itu mendapati kesan-kesan lebam lama dan baharu pada seluruh anggota badanya.

“Mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan disahkan meninggal dunia pada hari sama.

“Bertindak atas maklumat, polis menahan kekasih wanita itu bersama tiga lagi rakannya yang dipercayai berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

“Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan kekerasan atau objek tumpul. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk motif sebenar kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kamarul Rizal memberitahu lagi, kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI