fbpx

UFO kejar kapal perang AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERANGAN senjata anti dron dari atas kapal perang USS Kearsage itu tidak berfungsi pada objek-objek berkenaan. - Getty Images/Stocktrek Images

WASHINGTON – Anak-anak kapal di atas kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Kearsage mendakwa bahawa mereka dikejar oleh dua bola cahaya sebesar kereta yang tidak terjejas oleh serangan senjata antidron, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut mereka, pertembungan dengan bola cahaya yang dianggap sebagai objek terbang tidak dikenali (UFO) itu berlaku ketika USS Kearsage sedang menyertai latihan perang di luar pantai timur AS.

Pembuat filem dokumentari, Dave C. Beaty buat pertama kalinya mendedahkan penampakan yang membimbangkan pada Oktober 2021 itu.

Bola cahaya itu dikatakan berada pada jarak hampir 61 meter di atas permukaan laut dan sekitar 804.7 meter di belakang kapal perang itu.

Dua bola cahaya itu mula dikesan oleh kru kapal tetapi mereka gagal ‘mengunci’ sasaran untuk melepaskan tembakan menggunakan senjata anti dron.

Serangan senjata anti dron yang dilancarkan terhadap dua bola cahaya itu juga tidak berhasil.

Objek misteri itu didakwa melakukan gerakan layangan pantas ketika mengekori di belakang kapal berkenaan. 

Seorang kru kapal memberi arahan menerusi radio bahawa objek misteri itu ‘bukan milik tentera AS’.

Dalam situasi lain, seorang pemerhati UFO telah memaklumkan detik luar biasa apabila dia mendakwa berhadapan dengan makhluk asing yang mencekik lehernya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI