fbpx

Tiga premis dikompaun dalam Ops Pantau di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zikril Azan

SHAH ALAM – Tiga buah premis dikesan melakukan kesalahan penandaan harga dan penggunaan alat timbang dan sukat sepanjang Ops Pantau bermula semalam.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, ketiga-tiga premis tersebut juga telah dikompaun tanpa sebarang penawaran oleh pihaknya.

Katanya, nilai keseluruhan kompaun yang dikutip adalah berjumlah RM700.

“Pemeriksaan pada tiga premis itu mendapati menggunakan alat timbang dan sukat yang telah tamat tempoh tentusahan.

“Selain itu, juga didapati gagal mempamerkan tanda harga pada barangan jenis sayuran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, sepanjang Ops Pantau itu juga pihaknya telah memeriksa 309 premis perniagaan di sekitar Selangor.

Tambah Muhamad Zikril, peniaga di Selangor dinasihatkan kekal memberikan kerjasama untuk konsisten mematuhi keperluan di bawah Ops Pantau ini.

“Pemfokusan dilakukan kepada harga dan bekalan barang yang menjadi tumpuan rakyat pada bulan Ramadan seperti gula, ayam, telur ayam, minyak masak, tepung gandum, beras, barang basah, sayur-sayuran dan barang untuk membuat kuih muih.

“Premis jualan Bazar Ramadan turut akan dipantau dari segi pematuhan penandaan harga,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI