fbpx

Suami menabung wang beli rokok, 10 bulan boleh balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang isteri yang gembira dapat pulang ke kampung menggunakan wang disimpan oleh suaminya dengan tidak merokok. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan kegembiraan seorang isteri apabila dapat pulang ke kampung dengan menggunakan wang belanja rokok yang disimpan secara rahsia oleh suaminya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam  akaun Instagram bernama @dunia_kaumhawa.

Menerusi klip video tersebut, suami wanita itu dikatakan menabung secara rahsia wang belanja rokoknya sejak 10 bulan lalu di dalam tabung plastik berwarna merah dan kuning. Wanita itu mengaku terkejut selepas mengetahui perkara tersebut.

“Alhamdulillah, duit rokok dalam tempoh 10 bulan di dalam tabung sudah terkumpul,’’ demikian kenyataan pada video itu.

Kelihatan suami wanita itu cuba membuka tabungnya menggunakan pisau pemotong. Dia kemudian mengeluarkan kesemua wang tabung itu ke atas lantai.

 Jumlah wang yang terkumpul tidak dijelaskan, namun kelihatan banyak.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan  komen.

“Ini bermakna, sayangi diri sendiri dan keluarga, bebas daripada belenggu rokok yang tidak berguna,’’ tulis seorang netizen.

“Wah jimat, tak sabar nak buka,’’ komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI