fbpx

Singapura tidak akan ketatkan semula sekatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUMPANG beratur di kaunter daftar masuk layan diri sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, 1 April lalu. – AFP

SINGAPURA – Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong menyatakan bahawa negara itu tidak akan melaksanakan semula sekatan ketat pandemik meskipun kes Covid-19 kembali meningkat pada masa akan datang, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Menurut akhbar The Straits Times, kelonggaran  sekatan perjalanan akan membolehkan lebih ramai pekerja memasuki negara itu.

Ia seterusnya dijangka  dapat meningkatkan bilangan buruh dalam sektor pembinaan  di Singapura kepada keadaan sebelum pandemik menjelang pertengahan tahun ini.

“Tekanan inflasi yang meningkat perlu dikurangkan menerusi pertambahan bilangan pekerja,” ujar Lawrence.

Singapura berisiko berdepan peningkatan semula kes Covid-19 selepas melaksanakan kelonggaran  sekatan paling meluas sejak pandemik bermula.

Peraturan berkaitan makan di restoran, perjalanan masuk ke negara itu dan pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat tertutup adalah antara sekatan yang dilonggarkan bermula hujung Mac lalu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata, peraturan sekatan perjalanan terhadap  rakyat Singapura yang tidak menerima vaksinasi tidak akan dinilai semula sehingga situasi hospital di negara itu betul-betul  stabil. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI