fbpx

Satu lagi kertas siasatan gangguan seksual libatkan Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses menyiapkan satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihak polis sedang melengkapkan siasatan berkenaan laporan yang dibuat di Semenanjung.

“Siasatan yang kita sedang jalankan ini termasuklah mengesan saksi yang dikaitkan dengan dakwaan berkenaan.

“Namun begitu, kita belum dapat pastikan bila akan didakwa, ini kerana kita masih siapkan kertas siasatan,” ujarnya hari ini.

Sebagai rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Ebit, 37, atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, Sabah terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI