fbpx

Rusia nafi lakukan pembunuhan beramai-ramai di Bucha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menunjukkan kubur besar di bandar Bucha yang digunakan untuk mengebumikan mayat-mayat yang didakwa dibunuh tentera Rusia, kelmarin. - AFP

MOSCOW – Tentera Rusia mena kan melakukan pembunuhan beramai-ramai atau genosid terhadap penduduk awam di Bucha, barat laut Kiev seperti yang didakwa oleh Presiden Ukraine, Volodomyr Zelensky. 

Menurut laman berita RT, dakwaan tersebut hanyalah propaganda yang dicetuskan oleh Ukraine, media Barat dan beberapa kumpulan hak asasi manusia selepas Kremlin mengundurkan tenteranya dari pinggir Kiev. 

“Semua gambar dan video diterbitkan oleh Kiev yang dikatakan memaparkan jenayah tentera Rusia di Bucha adalah satu provokasi,” kata Kementerian Pertahanan Rusia. 

Menurut kenyataan itu, tentera Rusia berundur dari bandar Bucha pada 30 Mac lalu, manakala dakwaan dan bukti jenayah kemanusiaan hanya muncul empat hari kemudian. 

Kesemua dakwaan itu muncul selepas unit perisikan dan wakil televisyen Ukraine tiba di bandar Bucha.

 “Ketika Datuk Bandar, Anatoly Fedoruk mengesahkan bahawa tiada lagi tentera Rusia di Bucha pada 31 Mac lalu, beliau tidak menyebut mengenai kejadian penduduk tempatan ditembak di jalanan dengan tangan mereka terikat. 

“Semua mayat yang kononnya menjadi bukti pembunuhan beramai-ramai itu kelihatan seperti sudah lama mati dan tidak mempunyai kesan darah baharu pada luka mereka,” kata kenyataan oleh Kementerian Pertahanan Rusia. 

Kementerian sama menyelar taktik Ukraine yang menampilkan bukti tidak konsisten bagi menuduh Moscow sama seperti apa yang berlaku di Hospital Bersalin dan Kanak-Kanak di Mariupol. 

Rakaman dari Bucha menunjukkan beberapa mayat memakai pakaian awam, terbaring di tengah jalan raya. 

Sebahagian mayat tersebut menampakkan tangan yang diikat, manakala sebilangan lagi mempunyai lilitan putih iaitu tanda yang biasa digunakan oleh tentera Kremlin dan orang awam di kawasan di bawah kawalan Rusia.

 Dalam pada itu, Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mendakwa apa yang berlaku di Bucha adalah pembunuhan beramai-ramai yang disengajakan oleh tentera Rusia. 

“Pembunuhan beramai-ramai di Bucha adalah disengajakan. Rusia berhasrat untuk menghapuskan seberapa ramai penduduk Ukraine yang mereka boleh. 

“Kita mesti menghalang mereka dan mengusir mereka keluar. Saya menuntut sekatan G7 yang baharu dan lebih dahsyat sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di laman Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI