fbpx

Ribut petir, hujan lebat di lima negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di lima negeri pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat adalah Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Kelantan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok. Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Johor di Mersing. Sarawak di Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis) dan Miri (Subis dan Miri)

“Sabah di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas),” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan pagi ini.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelas MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI