fbpx

Pengiktirafan tinggi sistem pengurusan vaksin negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

IPOH – Pengiktirafan sijil vaksinasi Covid-19 Malaysia, MySejahtera oleh Kesatuan Eropah (EU) merupakan pengiktirafan tinggi terhadap Sistem Pengurusan Vaksin (VMS) di negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia menunjukkan kesatuan itu berpuas hati dengan sistem yang diguna pakai sama ada daripada aspek keselamatan, kesahihan dan kemudahan.

Malah katanya, pengiktirafan terhadap sistem yang dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu juga menunjukkan ia menepati piawaian yang diperlukan kesatuan berkenaan.

“Sebenarnya, ini adalah pengiktirafan kepada VMS. Sistem ini banyak membantu pengembara dari Malaysia nanti, pergi ke EU tiada masalah.

“Sistem yang kita bangunkan ini memang berdaya saing dengan EU dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.

Melalui MOSTI, KKM juga sedang berunding dengan negara-negara besar termasuk destinasi pelancongan dan pelaburan untuk mengiktiraf Mysejahtera. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI