fbpx

Orang ramai ‘sekolahkan’ pemandu Myvi buang sampah merata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan tindakan orang ramai yang mengutip semula sampah dan mencampakkan semua ke dalam Perodua Myvi.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu Perodua Myvi yang membuang sampah sesuka hati akhirnya memakan diri apabila orang ramai ‘mengembalikan’ semula sisa berkenaan ke dalam keretanya.

Aksi kejadian itu telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum klip video itu tular di laman Facebook Inforoadblock.

Menerusi klip video berdurasi 47 saat itu, kelihatan beberapa barangan antaranya pakaian, beg tangan dan alat solek telah dibuang oleh pemandu Myvi yang juga seorang wanita.

Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan orang ramai dan mereka telah mengutip semula barangan yang dibuang sebelum mencampakkannya ke dalam kereta wanita itu.

Tidak dapat dipastikan mengapa wanita terbabit bertindak demikian dan difahamkan aksi tersebut dirakam di sebuah kawasan di sekitar Lembah Klang.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna berang dengan aksi wanita tersebut dan mereka menyokong tindakan orang awam yang mencampakkan semula sampah ke dalam Myvi itu.

“Padan muka, buat hal lagi, ada tong sampah besarkan ,tak pandai buang dalam tong, tak ada sivik punya orang, bagus pak cik tu,” tulis Nur Hazwani Wanie.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Sukri Mohd Salleh.

“Macam tak logik pun ada, pelik buang sampah banyak sampai macam tu. Memang tak masuk akal manusia macam ni wujud kat sini, tak bertamadun langsung,”katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI