fbpx

Lelaki Thailand dituduh seludup migran di Bukit Wang Burma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suchat (tengah) dituduh menjalankan penyeludupan migran di Bukit Wang Burma, Wang Kelian pada 2014 hingga 2015 di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

KANGAR – Seorang peniaga kedai makan warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan penyeludupan migran di Bukit Wang Burma di Wang Kelian, Padang Besar dekat sini antara Ogos 2014 hingga Mac 2015.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Suchat Tohdin, 34, sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Mengikut kertas pertuduhan, Suchat dituduh menjalankan penyeludupan migran membabitkan seorang warga Myanmar di Bukit Wang Burma antara Ogos 2014 hingga 10 Mac 2015.

Dia yang menjalankan perniagaan kedai makan bersama isterinya, seorang warga tempatan didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 21 April ini selain kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI