fbpx

Khadeeja sempena nama isteri Nabi Muhammad – Harris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EVIE merupakan nama yang telah lama diingini Intan manakala Khadeeja diambil daripada nama isteri Nabi Muhammad.

PETALING JAYA – Tiada niat menyembunyikan terlalu lama, pelakon dan pengacara Harris Alif mengakui sudah lama memasang niat untuk mendedahkan wajah anak perempuannya, Evie Khadeeja pada hari pertama Ramadan.

Katanya, dia dan Intan sudah lama berbincang untuk tidak terlalu terburu-buru berkongsi gambar dan nama anak kepada orang ramai.

“Kami memang merancang nak fokus kepada tumbesaran Evie 100 peratus terlebih dulu. Kalau boleh nak lihat Khadeeja membesar dengan baik dan apabila tiba waktu yang sesuai barulah kami kongsi kepada semua.

“Memang ramai yang sudah lama menunggu untuk melihat wajah anak kami. Sebelum ini pun,kami tidak berahsia berita kelahiran cuma untuk gambar dan nama ambil masa sikit untuk dikongsi, jadi hari pertama Ramadan menjadi pilihan kami,” katanya pada sidang media secara maya program Jalan Jalan Ramadan hari ini.

Dalam pada itu, Harris memberitahu pemilihan nama Evie Khadeeja merupakan hasil daripada perbincangannya bersama Intan.

“Nama Evie dipilih sendiri oleh Intan kerana dia sudah lama nak nama itu, manakala Khadeeja saya ambil bersempena dengan nama isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah.

“Namun saya tukar ejaan menjadi Khadeeja tetapi maksud sebenar masih sama kerana ia adalah nama yang mulia untuk digunakan,” katanya.

Sebagai info, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021.

Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan Evie Khadeeja pada 31 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI